Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu usaha kerajaan untuk membangunkan taraf pendidikan rakyat di Malaysia. Falsafah pendidikan ini dapat dikatakan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh hal demikian, FPK digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi Negara sebagaimana yang dimanifestasikan dalam laporan dasar pendidikan, termasuklah Rukun Negara. Justeri itu, bagi menjayakan keberhasilan Pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), usaha daripada pihak Kementerian Pendidikan dan juga pihak guru sangat diperlukan. Peranan Kementerian Pendidikan merupakan usaha atau pendekatan strategi untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam buku dasar pembangunan pendidikan kebangsaan. Strategi ini merangkumi tiga bidang utama iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber pendidikan, dan penyelidikan dan pembangunan.
Keberhasilan yang dimaktubkan dalam pendidikan kebangsaan
ialah pembangunan insan. Pembangunan
insan ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu. Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan insan dikatakan menjadi
salah satu usaha untuk menjayakan keberhasilan pendidikan kerana dalam stategi
pembangunan insan ini ia memberi penekanan kepada beberapa perkara.Perkara yang
dijalankan ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubah kandungan
mengikut keperluan semasa. Hal ini dilaksanakan supaya dapat membolehkan guru
membekalkan kurikulum yang sesuai dan interbaharu mengikut perkembangan
keperluan semasa pelajar agar pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat
digunakan dengan baik. Selain daripada penyediaan kurikulum yang relevan,
strategi pembangunan insan ini juga menekankan kepada penyediaan sistem
penyampaian yang berkesan iaitu dengan memperkenalkan sistem teknolgi yang
canggih seperti ICT kerana penggunaan teknologi canggih seperti ICT sangat
penting terutama pada masa kini dan masa yang akan datang. Strategi pembangunan
insan ini juga memberi penekanan kepada peningkatan peluang pendidikan melalui
pelbagai bidang dan pendekatan alternatif, misalnya pendidikan jarak jauh dan
kursus profesional.
Seterusnya, antara
keberhasilan pendidikan yang dimaktubkan dalam falsafah pendidikan kebangsaan
ialah bidang pembangunan sumber pendidikan. Bidang ini merupakan
usaha dan peranan seterusnya pihak kementerian pendidikan yang bertujuan untuk
menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti. Tambahan pula, pembangunan
sumber pendidikan juga telah memberikan penekanan kepada beberapa perkara
seperti penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini iaitu
dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru, prasarana serta program
sokongan dari semasa ke semasa dan semestinya ia perlu mengikut keperluan
semasa. Kita sedia maklum guru yang
berkualiti ini hendaklah mempunyai tahap amalan nilai profesional keguruan,
pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran.
Seterusnya ialah pelaksanaan program pendidikan mengikut perancangan iaitu
dengan memastikan bahawa Matlamat Pendidikan dan Rancangan Malaysia tentang
keperluan tenaga mahir dapat dicapai. Hal ini termasuklah juga peningkatan
keberkesanan proses pengajar yang berkualiti serta persekitaran pembelajaran
yang kondusif, termasuk kemudahan internet dan multimedia.
Akhir
sekali, kejayaan keberhasilan yang
dimaktubkan dalam falsafah
pendidikan kebangsaan ialah pihak kementerian pendidika dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Antara usaha penyelidikan dan
pembangunan ini bertujuan untuk mengemas ilmu, membaiki serta mempertingkatkan
sistem pendidikan kebangsaan dari semasa ke semasa. Oleh hal yang demikian ,
strategi menggalakkan penyelidikan dan pembangunan akan memberi tumpuan kepada
penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan iaitu dengan mengajar program
latihan bagi guru pakar dan pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran
menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Disamping itu, dalam strategi
R&D ini akan mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan
dan pembangunan dalam pendidikan dan juga akan merangka dasar pendidikan untuk
menggalakkan penyelidikan pendidikan. Jadi, ini akan membantu dalam penghasilan
guru yang berkualiti.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini berfungsi sebagai panduan kepada pendidik untuk terus produktif dan kreatif dalam melaksanakan pendidikan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi sumber yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan dengan ini jugalah FPK digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Justeru itu, untuk menjayakan keberhasilan pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pelaksanaan strategi-strategi dan usaha yang ditentukan seperti yang telah dihuraikan di atas.
https://www.slideshare.net/HayatuNMustapHa/falsafah-pendidikan-kebangsaan-28333510
https://kpf3012fpk.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment