Siti Zulaikah Binti Jupilep (D20212099276)
Guru sebagai sumber ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Guru mempunyai peribadi yang mulia
Pendidikan yang cemerlang juga disebabkan oleh sikap peribadi seorang guru dalam etika dan peradaban seharian. Ilmu pengetahuan yang tinggi pada seorang pendidik tidak cukup untuk melahirkan pelajar yang berkualiti untuk meneruskan kecemerlangan Pendidikan di Malaysia. Oleh itu guru bukan sahaja menjadi warga pendidik bagi mencapai kecemerlnagan tetapi juga bertindak sebagai model peranan bagi merangsang minda cerdas kepada pelajar dan masyarakat. Nilai yang perlu diterapkan oleh seorang guru ialah moral, berpekerti mulia, motivatif, berdaya tahan dan sebagainya. Nilai dan sahsiah guru ini akan menjadikan sebuah Pendidikan itu bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan dari aspek akhlak dan rohani.
Guru sebagai individu yang peka akan peredaran masa.
Guru merupakan individu yang akan menjadi contoh kepada generasi seterusnya. Hal ini demikian peredaran masa menuntut profesion keguruan mempunyai peranan yang besa rbagi menyebarkan pengetahuan baharu dan meluaskan konsep Pendidikan yang sesuai dengan era globalisasi. Pengetahuan mengikut peredaran masa seperri ekonomi, pengetahuan saintifik, teknologi, Ict dan sebagainya perlula dikuasai guru agar guru memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan relevan dengan zamannya. Globalisasi merupakan salah satu trend peredaran masa yang terkini yang harus dimiliki oleh seorang guru. Globalisasi bermaksud suatu perubahan yang bersifat global dan lebih terbuka dan tidak mempunyai Batasan sempit dari beberapa aspek seperti aspek kenegaraan, nasionalisme , negara bangsa , kebudayaan tertentu dan sebagainya. Guru yang mengikuti peredaran masa akan sentiasa terdedah dengan Pendidikan yang berada di dalam dan luar negara. Sebagai contoh dari beberapa buah negara yang kian berkembang dari aspek Pendidikan, segala idea-idea yang terhasil direkodkan dan dirakam melaui video untuk digunakan sebagai program Pendidikan guru di Malaysia.
Guru sebagai pembimbing.
Tugas guru bukan sahaja menjadi pendidik malahan menjadi seorang pembimbing kepada anak murid ataupun rakan sekerja. Guru hendaklah mempunyai hati yang terbuka dan sedia untuk berkongsi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Peranan guru sebagai kaunselor dan pembimbing sangat penting bagi memastikan pembangunan manusia yang berilmu dan boleh berfikir untuk untuk membawa perubahan kehidupan manusia kea rah yang lebih selesa dan sempurna.Murid yang seringkali berkongsi mereka kepada guru akan merasa dihargai dan beranggapan bahawa mereka tidak diabaikan seterusnya mendapat bantuan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini demikian, tidak ada murid yang merasa terpinggir Ketika berada di sekolah seterusnya mereka bersemangat dalam menceburi bidang akademik dan membawa kepada kemajuan Pendidikan di Malaysia dan sekaligus mencapai matlamat Pendidikan negara.
Kesimpulannya, dengan usaha yang dilakukan menerusi ikatan bersepadu sudah pasti sistem pedidikan negara mampu menharungi cabaran yang sentiasa berubah pada masa ini. Tuntasnya, semangat dalam mempertingkatkan kualiti Pendidikan negara seharusnya menjadi slogan dan iltizam buat warga pendidik kerana dibelakang mereka adanya ribuan anak murid yang berkebolehan dan berkeupayan untuk menjadikan Pendidikan di negara ini menjadi setaraf dan disegani di peringkat global. Harapannya, Hasrat dalam mencapai matlamat Pendidikan dapat direalisasikan sebagai sistem Pendidikan di dunia.
Rujukan
- MODUL
- Zaini Abdullah, Z. (2019). Modul Perkembangan Pendidikan Malaysia Falsafah dan Dasar. Malaysia. Universiti PeNdidikan Sultan Idris
- LAMAN WEB
- Deria, (2008,November 24) Profesionalisme Guru. Dimuaturun daripada http://deriakacamata.blogspot.com/2008/11/ciri-ciri-guru-cemerlang.html
- Amelia Adam. ( 2019 ,September) Faktor keberkesanan Guru Cemerlang Sains Dalam Proses Pengajaran Dan Pemudahcaraan. Dimuaturun daripada https://www.researchgate.net/publication/335909143_Faktor_Keberkesanan_Guru_Cemerlang_Sains_Dalam_Proses_Pengajaran_dan_Pemudahcaraan
- Nik Nur Salsabila Binti Nik Osthman (2021,Mac 21) Impak Peranan Guru Kearah Mencapai matlamat Pendidikan Malaysia. Dimuaturun daripada https://bakalgurumalaysia.blogspot.com/2021/03/blog-post.html
No comments:
Post a Comment