Berdasarkan Akta Pendidikan 1996
iaitu, “pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertakwa kepada Tuhan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap kemakmuran dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara”.
Hal ini menunjukkan bahawa falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) mempunyai minat dan kebaikan terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia.
Kepentingan FPK yang pertama adalah
pendidikan suatu usaha yang berterusan. Pendidikan adalah merangkumi proses
pengajaran dan pembelajaran kepakaran secara khusus dan juga sesuatu yang tidak
dapat dilihat tetapi lebih mendalam seperti pemberian pengetahuan, pertimbangan,
kemahiran dan kebijaksanaan. Dalam membangunkan modal insan yang seimbang dari
pelbagai aspek, ternyata elemen ini perlu dilaksanakan dengan jayanya. Proses
pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat yang mana
bermula dari pendidikan tidak formal di rumah dalam peringkat awal kanak-kanak
seterusnya di prasekolah, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah
dalam peringkat kanak-kanak dan remaja. Tidak terhenti setakat itu, pendidikan
di Institut Pengajian Tinggi menjadi destinasi budaya ilmu seterusnya. Rasional
pendidikan sepanjang hayat adalah membolehkan kita menghadapi dan menangani
pelbagai cabaran dan pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi
dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi. Justeru itu, pendidikan secara
berterusan ini merupakan hasrat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan
perlaksanaan elemen ini, rakyat Malaysia akan menjadi bangsa yang
berilmu dan seterusnya mampu menyahut seruan kerajaan selaras matlamat Wawasan
2020. Warganegara Malaysia akan menjadi bangsa yang bertamadun, kuat
dan berjaya, memacu ekonomi negara serta pembangunan moden yang
meletakkan Malaysia setaraf negara-negara maju di dunia. Semua ini
bermula dengan memperkasakan ilmu secara berterusan.
Elemen yang kedua adalah mengembangkan
lagi potensi murid. Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada
pada seseorang individu. Mengikut kajian, setiap individu memiliki pelbagai
keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani emosi dan rohani sejak
lahirnya. Kebanyakan potensi adalah terpendam dalam kendiri. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat menjadikan rakyat Malaysia sebagai manusia
yang seimbang dan harmoni dari segi intelek (IQ), rohani (SQ), emosi (EQ) dan
jasmani (PQ). Pada masa yang sama, ini juga menjadikan rakyat Malaysia yang
berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan dapat memberi sumbangan
kepada masyarakat dan negara. Dari segi intelek, seseorang dapat berfikir
secara kritis, kreatif dan inovatif dalam hidupnya, tetapi bahkan dapat
menguasai prinsip kemahiran 4M (Menulis, Membaca, Berfikir, Penyalahgunaan).
Dengan kemahiran ini, masalah buta huruf dapat dikurangkan. Contohnya, melalui
pendidikan yang dijalankan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) maka ia
diajarkan kepada pelajar agar pelajar menjadi berpengetahuan dan sebagainya.
Elemen yang ketiga adalah membangunkan
pelajar yang seimbang dan harmonis. Keseimbangan adalah penting bagi memastikan
tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu
yang terabai. Pelajar yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu
pengetahuan , bertenaga mahir dan berakhlak mulia mempunyai kepercayaan kepada
Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram , tubuh badan sihat dan cergas,
serta kematangan emosi sosial dan rohani telah diperkembang secara menyeluruh
bersepadu dan dalam tahap optimum. Pelajar yang seimbang dan harmonis potensinya adalah secara
inetelek, jasmani , emosi sosial dan rohani yang telah diperkembang secara
menyeluruh bersepadu dan dalam tahap optimum. Pelajar yang seimbang dan
harmonis adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap
tanggungjawab diri keluarga dan Negara. Pelajar ini akan sentiasa berikhtiar
dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dan melaksanakan tanggungjawab
sebagai anggota masyarakat yang berguna demi kemajuan diri, keluarga, bangsa
dan Negara.
Elemen yang terakhir adalah mendidik
secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan keempat-empat potensi iaitu
intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah bagi membolehkan penguasaan ilmu,
kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan. Kesemua elemen tersebut diperlukan
oleh manusia dalam memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya. Oleh itu,
perkembangan kempat-empatnya hendaklah dilakukan secara menyeluruh kerana kesemuanya
adalah sama penting. Kesemua potensi juga hendaklah dihubungkaitkan antara satu
dengan lain dan dikembangkan secara bersepadu bukannya satu persatu.
Perkembangan potensi-potensi ini adalah berpaksikan prinsip ketuhanan iaitu
penguasaan ilmu, kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan tidak boleh
bertentangan dengan prinsip ketuhanan. Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah penting agar dapat mendidik secara
menyeluruh dan bersepadu dalam pendidikan.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) penting dalam perkembangan pendidikan di Malaysia kerana
setiap struktur dan bentuk yang telah diterbitkan secara kritis oleh kerajaan
dapat menjadikan negara Malaysia ini maju dalam sistem pendidikan dan selaras
dengan negara-negara. Pendidikan yang diterima dan diajar oleh guru dapat
melahirkan pelajar yang berkualiti dan menjadi insan yang seimbang dan harmoni
dari segi intelek, semangat, emosi dan jasmani dalam mencapai visi dan misi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara tersurat, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) mengandungi 2 ayat dan 69 patah perkataan tentang proses dan
matlamat Pendidikan yang dihasratkan.
RUJUKAN
- MODUL
- Zaini Abdullah, Z. (2019). Modul Perkembangan Pendidikan Malaysia Falsafah dan Dasar. Malaysi: Universiti Pendidikan Sultan Idris
- LAMAN WEB
No comments:
Post a Comment